Tuesday, November 27, 2007

Pelita Hidup 07



Pada 25 & 26 November yg lepas,
pihak Masjid al-Huda telah mengadakan satu program yg diberi nama
Pelita Hidup 07

Program diadakan untuk mengisi masa lapang anak-anak remaja ahli kariah al-huda dengan ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai islam di samping berhibur dengan hiburan-hiburan yang mendidik.

Lebih kurang 80 peserta mendaftarkan diri dalam Program Pelita Hidup pada tahun ini.
Seperti tahun lepas,program ini dilakukan secara percuma untuk menarik minta lebih ramai remaja untuk menyertai program ini.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran dan diikuti dgn slot 'ICE BREAKING'
Peserta-peserta dibahagikan kepada 7 kumpulan yang terdiri daripada 10-11 peserta.
2 kumpulan perempuan dan 5 kumpulan lelaki

kump 1:munawarah al-islam
kump2:muslimah gempak
kump3:macha parade
kump 4:ibnu sina
kump5:jihad five
kump6:10 budak alim
dan
kump 7:budak masjid

Majlis diteruskan dengan tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ustaz Rizalman selepas solat Zohor.
Seterusnya,peserta2 diberi tugasan untuk membina sebuah masjid dengan hanya menggunakan
SURAT KHABAR.
Sudah tentu tugasan ini amat sukar.
Namun begitu hasil yang diperlihatkan oleh peserta-peserta amatlah menakjubkan.
Terdapat pelbagai rupa bentuk masjid yang dihasilkan walaupun dengan hanya menggunakan surat khabar dan pita solefan.

Kemudian,program ini diteruskan dengan ceramah motivasi bertajuk kenali diri yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin.
Seterusnya,peserta diminta bergotong royong membersihkan kawasan masjid sebagai riadah.

Selepas solat maghrib,peserta2 diminta membentangkan hasil model masjid yang telah mereka cipta bersama-sama.
Sememangnya,persembahan yang ditonjolkan oleh setiap kumpulan amatlah memberangsangkan.

Selepas itu,program disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Uda Kassim.Ceramah yang disampaikannya amat mantap disertai pula dengan tayangan video yang menarik perhatian semua peserta.

Pada malam itu,peserta lelaki bermalam di masjid manakal peserta wanita pulang ke rumah masing2.

AHAD

Pukul 5 pagi semua peserta lelaki dan perempuan bersama-sama mengerjakan ibadah solat tahajud yang diimami oleh Ustaz Saifudin.

Selepas solat subuh,majlis diteruskan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Halim.

Seterusnya,program disambung dengan aktiviti 'EXPLORACE' yang dikelolai oleh Saudara Azim.Banyak cabaran dan halangan yang 'best' telah dilalui oleh semua peserta.

Aktiviti Explorace telah dimenangi oleh kumpulan ibnu sina dan diikuti kumpulan munawarah al-islam di tempat ke-2 dan diikuti kumpulan budak masjid ditempat ke-3.

Selepas solat zohor,program diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Zaid.

Pada malam hari pula,Ustaz Azman telah menyampaikan kuliah maghrib khusus untuk ibu bapa agar mendidik anak2 mereka dengan cara yang terbaik.

Selepas Isyak,peserta2 pelita hidup menonjolkan bakat masing2 dalam slot 'Pentas Pelita.'
Setiap kumpulan diminta melakonkan sebuah sketsa pendek yang bertema kasih saudara.

Sebelum majlis bersurai,upacara penyampaian hadiah telah diadakan.Setiap kumpulan mendapat hadiah saguhati sebagai tanda terima kasih kami terhadap mereka.

Kumpulan yang mengungguli tempat pertama ialah kumpulan munawarah al-islam dan diikuti dengan kumpulan budak masjid..

Tahniah diucapkan.

Di sini juga,diselitkan sedikit video untuk tontonan semua.











sekian,
assalamualaikum.

=D






Friday, November 2, 2007

Wednesday, October 10, 2007

Tuesday, September 11, 2007

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :))

Tuesday, August 14, 2007

AL-FATIHAH

Seorang lagi sahabat jemaah kita dipanggil Ilahi, Allahyarham Ahmad atau lebih mesra dipanggil Mat di kalangan jemaah Al-Huda. Beliau telah menghidapi kanser tulang beberapa bulan. Dengan kuasa dan keizinanNya, pagi tadi tetaplah sudah takdir atas perjalananya, beliau kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala amal kebaikannya dikurniakan ganjaran indah daripadaNya.

Inilah hakikat kehidupan. Semalam Ustaz Ahmad Dasuki dalam kuliah maghrib ada cakap begini "dunia ini memang confirm kita akan tinggalkan, akhirat itu memang confirm kita akan kesana... buktinya apa?? lihat ibu bapa kita yang telah meninggal...."

AL-FATIHAH

Friday, July 27, 2007

Sepetang di Masjid Al-Ghufran TTDI.....

Mulanya terdetik di kalangan ahli jawatankuasa masjid, untuk pergi mengunjungi masjid-masjid contoh yang lain, supaya dapatlah mengembangkan horizon minda. Dan antara masjid yang dirasakan dan disuarakan ialah Masjid Al-Ghufran TTDI.



Terkesima juga seketika melihat kawasan masjid tersebut yang tidaklah sebesar mana, tapi tinggi bertingkat-tingkat. Masjid ini bolehlah dikatakan satu masjid contoh kerana inilah satu-satunya masjid yang menjadi 'one-stop center' yang ideal; selaras dengan tuntutan agama, supaya masjid itu menjadi pusat aktiviti manusia.



Antara prasarana yang terdapat dalam masjid ini termasuklah;



a) DEWAN SOLAT - dewan solatnya sederhana sahaja, tidaklah terlalu besar, tetapi kemas dan hiasannya simple. menggunakan sliding door berkaca yang terdapat khat padanya, paris plaster design di hadapan, lampu berwarna kekuningan yang serasi dengan karpet masjid dan perabotnya menyerlahkan lagi keindahan dalaman masjid ini....



b) DEWAN MAKAN - dewan makan di sini boleh memuatkan maksimum seribu orang jika tidak silap, sesuai juga diadakan walimatul urus dan majlis-majlis seumpamanya, tentang masakan, masjid mempunyai kateringnya yang tersendiri....

c) SEKOLAH RENDAH AGAMA - di tingkat atas, terdapat ruangan sekolah rendah agama, ini sangat bagus bagi merapatkan anak-anak dengan masjid, apabila sekolah mereka sendiri di dalam masjid..



d) CONFERENCE ROOM - ya, conference room!!



e) HOTEL - inilah suatu yang mengkagumkan, masjid ini ada HOTEL! serendah RM75 untuk family suite, memang tidak dijangkal hotelnya selesa & sangat berpatutan.. biasanya pada sepuluh malam akhir Ramadhan, penuhlah bilik-bilik di sana ditempah insan-insan yang mahu terus menerus beriktikaf di masjid, menegejar ganjaranNya...

Selain perkara-perkara di atas, masjid ini juga menempatkan rumah imam, kafe, dan ruangan khas mengasuh anak-anak menghafal Al-Quran. Bagaimana ia menjadi one stop center??

a) Apabila sepasang mempelai melangsungkan pernikahan di masjid itu, saudara-mara yang jauh boleh menginap di hotel sana, begitu juga dengan pengantin. Kenduri-kendara boleh terus diadakan di dewan makan masjid keesokan harinya. Dengan ini, pasti lebih Islamik dan terjaga, masuk waktu solat, kedengaran azan, semuanya menunaikan solat. Kalau kenduri-kendara di rumah kan tidak begitu.

b) Para pemandu lori yang memandu dengan jarak yang sangat jauh, singgah sahaja di masjid Ghufran ini, tempah sebuah bilik untuk seorang sahaja, bolehlah menyegarkan badan & berehat sebentar, dan apabila berkuamndang azan, sama-sama bersolat berjemaah.

Indah kan konsep masjid ini. Tahniah kepada pengurusan Masjid Al-Ghufran TTDI :)

Masjid Ini......

Masjid Al-Huda merupakan sebuah masjid yang letaknya di kawasan perumahan Seksyen 19A, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Menyedari hakikat bahawa masjid bukanlah semata-mata tempat solat dan ibadah semata-mata, Masjid Al-Huda mensasarkan peranan yang lebih meluas untuk segenap lapisan masyarakat.

Masjid ini tempat semua, tempat anak-anak, tempat anak remaja, tempat ibu bapa, tempat adik beradik, tempat atuk dan nenek, tempat para tetamu Allah, tempat makhlukNya, tempat insan-insan, semuanya dan masjidlah tempat hakiki milikNya. Pelbagai program dijana, dibangunkan bersama. Marilah kita menjayakannya, supaya kita semua bahagia bersama.